Buku ini dapat memberi ilmu dan didikan kepada kanak-kanak dari segi mental, qalb dan emosi, amalan, tindakan, perbuatan dan penampilan, interaksi sosial, dan amalan kerohaniaan. Anak-anak ini umpama kain putih,bersih. Kanak-kanak semasa kecil, ianya mudah dicorak dengan apa cara sekalipun.
Bagi saya, doa2 yg tdapat di dalam buku ini..amat bermakna untuk saya...dan saya nak bkongsi serba sedikit.
Doa Memohon Akhlak Sempurna
"Ya Allah, berilah aku pertolongan supaya selalu ingat kepada kamu, dan berterima kasih kepada kamu serta berlaku baik dalam menyembah kepada kamu"
Doa Anak-anak
"Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri kami dan anak keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa"
- Surah al-Furqan ayat 74-
"Ya Tuhanku, berilah aku daripada sisi kamu seorang anak yang baik. Sesungguhnya kamu maha pendengar doa"
-Surah Ali Imran ayat 38-
doa-doa yang lain akan dikongsi lain hari...kalau beli bukunya pun, berbaloi rasanya...
p/s : semoga ilmu yg dipelajari, di amalkan...dan istiqomah... :)
0 comments:
Post a Comment