Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Get This.

Monday, May 9, 2011

SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar...


Hari Pertama di SMK Raja Perempuan Kelsom....

penerimaan dan cara pengetua membuatkan kami cekal berhadapan dengan pihak pentadbir...
dan berkat sokongan dan dokongan akak2 senior yg sedang berpraktikal di sek. ini....
membuatkan kami tidak berasa janggal sangat...

terima kasih cikgu-cikgu SMK Raja Perempuan Kelsom...
insyaAllah...pelajar2 dan guru2 tidak akan rugi menerima kami sebagai kaunselor pelatih


esok slot bersama lower 6
insyaAllah...sabtu ini ada 5 domain dan sabtu hadapan...

semoga di permudahkan... ~~~

p/s : esok juga akan menerima klien malas bangun pagi... (kata ks sek la)=)

Wednesday, March 23, 2011

Titipan Allah



Buku ini bagus dan ada manfaat nya tuk ibu bapa dan khususnya kawan2 yg belum kahwin juga. Tajuknya 'Petua Membantu Anak Berjaya'. Sebab apa saya nyatakan baik juga untuk yg belum kahwin, sebab saya sendiri pun belum kahwin, dan saya rasa ini persediaan untuk kita sebelum kita kahwin dan boleh ditarbiyah kpd adik2 kita. Dan ianya bukan salah, malah ilmu baru yang perlu di pelajari, di amal dan di sebarkan.

Buku ini dapat memberi ilmu dan didikan kepada kanak-kanak dari segi mental, qalb dan emosi, amalan, tindakan, perbuatan dan penampilan, interaksi sosial, dan amalan kerohaniaan. Anak-anak ini umpama kain putih,bersih. Kanak-kanak semasa kecil, ianya mudah dicorak dengan apa cara sekalipun.

Bagi saya, doa2 yg tdapat di dalam buku ini..amat bermakna untuk saya...dan saya nak bkongsi serba sedikit.

Doa Memohon Akhlak Sempurna
"Ya Allah, berilah aku pertolongan supaya selalu ingat kepada kamu, dan berterima kasih kepada kamu serta berlaku baik dalam menyembah kepada kamu"


Doa Anak-anak


"Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri kami dan anak keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa"
- Surah al-Furqan ayat 74-

"Ya Tuhanku, berilah aku daripada sisi kamu seorang anak yang baik. Sesungguhnya kamu maha pendengar doa"
-Surah Ali Imran ayat 38-



doa-doa yang lain akan dikongsi lain hari...kalau beli bukunya pun, berbaloi rasanya...

p/s : semoga ilmu yg dipelajari, di amalkan...dan istiqomah... :)

Monday, March 21, 2011

tidur Qailulah

Salam alaik.....

Masih ingat lagi,semasa kecil2 dahulu, ibu selalu menasihati supaya tidur siang...bukan ibu-ibu yang hanya ada di sabah sahaja ...malahan semua ibu di semenanjung pun begitu kn...kan3x...

Sampai kn ibu m'ugut anak2 nya di rotan klau xtidor...

kalau emak saya plak, sllu ckp 'ayu....pi tidor sana...macam mana mau besar kalau ndak tidurr...'

erm...sekarang barulah saya rasa ada betulnya ckp emak itu...tpi, mungkin tersalah sedikit teori emak saya itu...klu saya di suruh tidur...'konfem2' saya terlebih tidur, jdi bukan makin besar ...tapi semakin kecik nie... :)


Mungkin nasihat org-org tua dahulu mempunyai alasan kukuh dan ada baiknya...

tapi elok rasanya kalau seperkara lagi yang perlu ditambah sebagai alasan anak-anak yang degil2 ini di suruh tidur siang.

perkara dan alasan ini bukan hanya sesuai untuk kanak-kanak tapi untuk kita yang bergelar hamba Allah..

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.

atau

[U]فوائدالقيلولة الصحيحة[/u]
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Tujuan sebenar tidur Qailulah itu supaya 'menjana' tenaga kita untuk meneruskan ibadah-ibadah seharian....

Hal yang agak penting juga tidur sekejap ini sebagai 'alasan' kita Qiam malam...

" Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Makanya, tidur siang yang hanya 10-40 minit itu banyak khasiatnya dan manfaatnya...

Mungkin selepas ini, kita boleh nasihati orang lain dan diri kita dengan dialog seperti ini:

' Wahai si Fulan...jom tidor Qailulah...supaya kita boleh bangun Qiam malam ini..'

InsyaAllah, menjadi keluarga sakinah.

tapi, kalau tidur sampai 4 jam..bukan namanya tidur...tapi pengsan...boleh lah siap2 panggil jiran di sebelah rumah, pakat2 bacakan yassin untuk kawan atau saudara kita itu... :)

Mudah-mudahan , kawan@saudara kita itu 'sedar' dari pengsan nya kn...


:: Ingatan dan tegasan kepada diri hamba terutamanya...perubahan diri secara cepat atau perlahan-perlahan bukan ukuran semata..tapi pengisian dan 'alasan' yg mujarab bagi setiap perubahan yang kita lakukan adalah pengikat hati kita untuk terus dekat pada Allah Azza Wa Jalla::

Thursday, March 3, 2011

~~ sOlat dHuha ~~

Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

SOLAT DHUHA

Sulaiman adalah seorang peniaga berusia 30 tahun. Dia menjadikan perniagaan menjual nasi lemak di beberapa kawasan. Tetapi setelah sekian lama menceburi bidang perniagaan, dia tidak pernah merasakan hasil penat lelahnya. Ini memburukkan lagi dengan perniagaannya yang semakin merosot. Walaupun telah mendapat nasihat daripada beberapa orang BOMOH dengan berbagai macam "PELARIS" yang di berikan, maalahnya tetap tidak berubah . Apakah amalan tertentu yang boleh dia amalkan ?

Apa yang di alami Encik Sulaiman dan mereka yang senasib boleh di atasi dengan amalan solat Dhuha.

Sebagai orang beriman, kita perlu menyakini bahawa segala-gala dalam kehidupan kita ini adalah dalam pengurusan Allah s.w.t. Dialah yang menghidupkan dan Dialah yang mematikan. Daripadanya datangnya segala kebaikan dan daripada-Nya juga datang segala keburukan.

Dhuha adalah nama kepada waktu. Dalam Islam, setiap waktu ada namanya tersendiri, setiap waktu juga ada keistimewaan dan keberkatan.


CONTOH NAMA-NAMA WAKTU DALAM ISLAM


1. Maghrib : Sesudah tenggelam matahari dan permulaan hari

2. Isyak : Permulaan Malam

3. Lail : Pertengahan Malam

4. Sahur : Penghujung Malam

5. Fajr : Pancaran cahaya matahari semasa akan terbit

6. Syuruq : Semasa matahari terbit

7. Subuh : Pagi

8. Dhuha : Antara sesudah terpit hingga sebelum tertegaknya matahari

9. Istiwak : Matahari tegak di atas kepala

10. Zuhur : Setelah tergelincir matahari

11. Asar : Matahari condong ke barat

12. Ghurub : Tatkala matahari tenggelam


Islam menamakan setiap waktu-waktu ini untuk kemudahan umatnya dan agar mereka dapat mencari keistimewaan setiap waktu-waktu tersebut.

Antara kepentingan mengetahui waktu-waktu ini bagi seorang hamba Allah adalah untuk masa beribadah atau menyembah Allah atau masa-masa untuk bertemu Allah . Bagi tujuan untuk menyembah Allah s.w.t , waktu itu terbahagi kepada tiga iaitu :

1. Waktu Wajib

2. Waktu Sunat

3. Waktu Haram


WAKTU WAJIB

Waktu yang telah di tentukan bagi kewajiban solat iaitu Maghrib, Isyak, Subuj, Zuhur dan Asar


WAKTU SUNAT

Waktu-waktu yang mana padanya disunatkan kita melakukan solat-soalt sunat seperti Tahajud, Dhuha, Tasbih,Hajat,Istikharah, Gerhana dan lain-lain


WAKTU HARAM

Waktu-waktu yang di haramkan kita melakukan solat-soalt sunat adalah waktu-waktu tersebut adalah Syuruq, Istiwak dan Ghurub.

Kembali kepada Solat Dhuha, ia adalah antara waktu yang di berkati dan ditetapkan oleh Allah bagi hamba-hambanya yang mahu mendapat kekuatan jasmani dan kemurahan rezeki.


Dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.


Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )


Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat.

Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.

Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita.

Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis Qudsi yang bermaksud :

" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang." (Riwayat Tirmizi)

Orang yang lemah imannya selalunya akan berpaling daripada Allah lalu pergi menemui bomoh untuk mendapatkan tangkal dan pelaris. Rumah dan gerai-gerai dipenuhi wafak-wafak yang mereka percaya boleh membantu memberi mereka kejayaan, tetapi akhirnya tetap juga kecewa. Perbuatan-perbuatan sedemikian syirik dan menjadikan Allah s.w.t. murka kepada mereka dan hilang keberkatannya.

Sebaliknya orang yang kuat imannya kepada Allah s.w.t akan tetap menaruh keyakinan penuh terhadap Allah s.w.t . Mereka yakin Allah sahaja yang boleh memberikan kesenangan dan kepayahan.

Sebagai tanda kekuatan iman mereka kepada Allah, apa-apa sahaja keperluan mereka, mereka akan meminta hanya kepada Allah melalui amal ibadah.

Firman Allah s.w.t

" Hai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah kepada-Nya wasilah. Dan berjuanglah di jalan Allah, semoga kamu berjaya. "

( Surah al-Maidah : 35 )

Wasilah yang di maksudkan di sini jelan bukanlah apa yang berbentuk kubur,batu atau kayu yang dijadikan sebahagian manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya itu semua hanya akan menjauhkan kita daripada Allah s.w.t

Sebaik-baik wasilah yang dimaksudkan ialah apa-apa jua ibadah yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t maka apa-apa sahaja yang diinginkan akan dikabulkan-Nya.

Beberapa hadis Nasi Muhammad s.a.w ada menerangkan tentang kesan solah sunat Dhuha kepada tubuh kita.

Antaranya :

Fadilatnya-Kekuatan Jasmani

Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud "

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )


Setiap yang wujud dalam tubuh bandan manusia hidup memerlukan makanan. Ia boleh membesar dan boleh mati dan tidak berkembang lagi.

Begitu juga halnya dengan kerohanian kita. Ia boleh hidup subur dan boleh juga mati.

Santapan bagi jasmani ialah makanan-makanan yang kasar sementara santapan bagi rohani pula ialah amal ibadah.

Pada setiap ruas tulang kita, ada semacam cecair yang bertindak sebagai pelincir kepada pergerakan tulang belulang kita. Cecair ini yang di sebut sebagai ligament juga merupakan mahkluk hidup yang boleh berkembang atau menjadi kering dan mati.

Ia juga memerlukan makanan untuk terus hidup segar. Cuma sajaha makannya bukanlah berbentuk bahan kasar, sebaliknya seperti apa yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, makhluk-makhluk ini memerlukan sedekah untuk terus berkembang hidup dan makanan yang di perlukan adalah zikir kita. Kajian telah di buat , setiap makhluk yang sekecil kuman di dalam air sekalipun akan mleonjak apabila nama-nama Allah di sebut !.

Inilah hikmah besar yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w , tanpanya kita tidak mungkin akan menyedarinya. Menurut hadis tersebut yang sesuai dengan kajian biologi, tubuh badan manusia mengandungi lebih kurang 360 ruas tulang.

Kalau setiap ruas itu memerlukan satu Subhanallah, satu Alhamdulillah, satu Allahu Akbar dan satu Lailahaillallah, maka setiap hari kita perlu berzikir sekian banyak.

Namun, dengan DUA RAKAAT SOLAT DHUHA, seseorang itu akan memperoleh 360 zikir tersebut untuk menjadikan sedekah kepada ruas-ruas tersebut.

Ingatlah, ini antara faktor keimanan yang mesti diyakini oleh orang yang beriman, orang yang beriman akan percaya kepada kebenaran yang di ampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak di lihat dengan mata kasar sekalipun.

Inilah kaitan tiga serangkai antara iman, ibadah dan kesan faedah dalam penghidupan.

Insya-Allah , orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain- lain.

Demikianlah hasil dan faedah yang di peroleh dengan melakukan solat Dhuha.

Memandangkan solat Dhuha ini merupakan solat sunat yang Muqayyad, maka waktu dan jumlah rakaatnya telah di tetapkan.


Waktunya


Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.


Rakaatnya

Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.

Tatacaranya

Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Rakaat Pertama

1. Niat dalam hati dengan berkata, " Sahaja Saya olat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah "

2. Takbir

3. Baca Doa Iftitah

4. BacaTa'awwudz

5. Baca Surah al-Fatihah

6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih

7. Takbir dan rukuk

8. Iktidal dan bacaannya

9.Sujud dan bacaannya

10. Duduk dan Bacaannya

11. Sujud dan bacaannya

12. bangun rakaat kedua dengan takbir.



Rakaat kedua


1. Baca surah al-Fatihah

2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih

3. Takbir dan rukuk

4. Iktidal dan bacaannya

5. Sujud dan bacaannya

6. Duduk dan bacaannya

7. Sujud dan bacaannya

8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya

9. Salam Penutup


Kemudian kalau di khendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.

Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.

Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."


Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

credit to : www.solatsunatdhuha.blogspot.com

Sunday, January 16, 2011

peSanan Rasullah ttG makanan


Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2an, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

  • Jangan makan SUSU + DAGING
  • Jangan makan DAGING + IKAN
  • Jangan makan IKAN + SUSU
  • Jangan makan AYAM + SUSU
  • Jangan makan IKAN + TELUR
  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU + CUKA
  • Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya…

sahabat cubalaa……………………………

Ianya tidakla berlaku dalam jangka masa terdekat ni….

Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

  • Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

dEngan xmalunya ....fakta ini sy nk gtau....
sy copy n paste dri facebook....
tpi, ianya mungkin boleh menjadi satu ilmu utk kita kan...
n paling penting kita amalkan....

p/s : insyaAllah....ini salah satu azam baru utk sy.....utk tahun ini....

Friday, January 14, 2011

reNtetan sEmester 5


dear reader & blogger.... :)

kali ini, mari kita mgimbas salah satu program kami semasa semester 5 dulu...
iaitu Program Kemahiran Belajar-5 Domain
~~ Menuju Bintang ~~
ala2 AF gitu....

tujuan prog yang kami anjurkan ini bukan setakat untuk mnyelesaikan tuntutan tugasan yg diberikan, malahan kami ingin memberi sesuatu ilmu kpd
adik2 kat SK Dato' Kamaruddin , Hulu Behrang ini....
ilmu bkenaan cara pembelajaran yg lebih efektif dan berkesan utk pelajar UPSR....
secara ringkas, 5 dOmain ini telah diperkenalkan oleh pensyarah kitaorang kat UPSI ini
5 domain adalah penggunaan Visual, Audio, Kognitif, Afektif dan Psikomotor...
utk keterangan lebih lanjut, link kat sini erk...

teruskan ngn prog kami.....
prog yg kami anjurkan ini hanya sehari sahaja....
so, kami kena rush jga la supaya budak2 sek ni dapat yg tbaik daripada kami......
yg paling penting, objektif
prog tcapai.....kan3x.

kmi seramai 8 orang budak kaunseling telah bertapak sehari di Smk Dato' Kamaruddin pada 7hb Ogos 2010....
dari pagi smpai petang........




meeting akhir sblm ke sek pd esoknya



timbalan pengarah @ pceramah 5 domain


pEngarah pRog aka Ataullah

peserta perempuan tahun 6


peserta lelaki tahun 6



antara peserta yg mbantu mbersihkan kelas sblm prog bmula



'1 x siput...sedut......' hehehe



anak murid abu ber'tango'..~bagi energizer dulu



fasi2 yg ber'tango'



setiausaha prog agak sibuk myiapkan laporan prog....



akt outdoor slps crmh 5 domain


di stesen t'akhir....


antara pulau idaman yg agak cantek ye... huhu



gambar2 sebelum semua org bersurai....
jumpa lagi adik2 ku.....
dgr2, peratusan pelajar tahun 6 yg ambil UPSR tahun lepas di sek ini meningkat....
syukur alhamdulillah....
sekarang ini pun, kwn2 sy akan mbuat prog n mikro n makro teaching kat sek ni....
bagus2, selagi nyawa ada, slgi itu kita bbakti pd anak bangsa.....

p/s : igt ngn c kembar (Angah n Acik) yg amek UPSR tahun ini, Acai amek PMR n Adi amek SPM tahun ini juga......chayo2x adik2 kue.....
doa akak iringan kamu spaya nda la malas betul blajar.... :)

Sunday, November 21, 2010

eXam final

~~ eXam mOod ~~

goOd luck to all my frend AT 04 (B n K)
wat yang tbaik yg pntg usaha perlu mantap dan sMart...
my fiNal paper this sEmester:
1 - Kaunseling Pengurusan & Konsultasi Sekolah (KKP 3053) ~~ 23hb nov 10 ~ SITC ~ 449 ~~
2 - PengaNtar pEnd. mOral ( HMF 3013 ) ~~ 30hb nov 10 ~ PC16 ~ 3 ~~
3 - Kelompok kAunseling ~~ 1hb Dis 10 ~ PC12 ~ 1 ~~
4 - Kaunseling Pelbagai Budaya (KKS 3033) ~~ 3hb dis 10 ~ PC24 ~ 7 ~~