Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Get This.

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Selamat berpuAsa semua..



Malam ni malam kedua solat tarawikh...selama stahun, baru berjumpa semula ngn bulan yang penuh keberkatan dan penuh kemuliaan ni...


Tapi yang paling indah bila dapat bersama-sama dengan famili...wah...rindu sangat ngan famili....

Ramadhan kali ini adalah ramadhan kali ke3 bagi aku di perantauan , tapi y pasti aku tetap sempat berpuasa di kampung halamanku sminggu awal sebelum raya...


Ramadhan taun ini, aku azam aku tidak akan sia-sia kan macam tahun2 lepas....sdah 22tahun aku lepasi ramadhan sebelum ini...Alhamdulillah, Allah masih beri aku kesempatan bertemu di bulan ini...


Jom kawan-kawan, bulan puasa ini lah banyak sangat perkara kita leh wat macam:

1) menahan lapar, dahaga n nafsu kita

2) bertadarus al-Quran dan menghayati maksudnya

3) menikmati waktu berbuka puasa dengan 2 keadaan y paling bermakna iaitu saat berbuka puasa dan saat bertemu dengan Nya.....SubhanaAllha..

4) solat tarawih setiap malam...

5) Qiam trutama 10 malam di penghujung bulan ini...



Ada artikel dri iLuvIslam aku baca ....mcm ni isinya..

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.


Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.


Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.


Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.


Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”


Inilah puasa yang hakiki..

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Aduh......betapa insaf aku pas baca...tapi aku xmahu lah insaf aku ni tuk saat ini jak bkn tuk bln ramadhan jak...

ayuh kawan-kawanku....jom jadi orang baik di mata Nya...

0 comments:

Post a Comment